Dunia tak seindah mimpi. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi. Namun, jangan menganggapnya sebuah keruntuhan kehidupan. Itulah lumrah alam yang acap kali diperkatakan. Tidak semua yang faham, tidak semua yang mengerti dan tidak semua yang mendalami masalah yang terpenjara dalam diri ini. Tetapi, masih lagi ada yang sudi mendengar luahan itu. Sampai bila menghukum diri sendiri dengan membisu ? Mungkin, masa akan merawati segalanya. Mungkin juga masa bersahabat dengan ular. Hanya pengajaran yang akan membawa kita mengenal diri masing-masing. Usia yang kian meningkat dewasa ini, akal yang masih mentah tidak mampu berfikiran waras.
Yang aku tahu, sahabat ini tidak pernah menghalang. Engkau punya kemahuan sendiri.
No comments:
Post a Comment