Sudah sekian lama jari-jemari ini tidak mengetuk papan kekenci di komputer riba ini. Post kali ini izinkan saya berbahasa Melayu. Mungkin agak ganjal tetapi saya harus mempraktikkan berbahasa Melayu. Karangan SPM memerlukan ayat yang dramatis dan bermadah pujangga. Haha. Sang suria sudah hilang dan sang bulan sudah berada terang di atas sana. Azan sudah berkumandang menandakan waktu Maghrib. Esok bermulalah sesi persekolahan bagi semua pelajar. Mungkin ada yang mengeluh menandakan bosan untuk bangkit pada waktu Subuh dan bersiap untuk ke sekolah seawal pagi. Mungkin juga ada yang bergembira akan bertemu dengan rakan-rakan di sekolah. Biasalah remaja yang tidak kian lekang dari sifat-sifat mereka.
Peribadi,
Kadang-kadang aku merasakan kehidupan tidak sesempurna orang lain. Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Tetapi tidak salah bukan jika kita mahu yang sempurna ? Inilah yang selalu berlegar-legar di fikiranku. Aku ingin merasakan cinta yang sekian lama telah hilang. Cinta yang sempurna tidak mungkin ku milikki. Tetapi cukuplah sekadar mendapat kasih dan sayang yang tidak ada putusnya. Kesetiaan yang tidak pernah luntur untuk aku. Berikan aku sedikit ruang untuk merasa walau hanya sesaat.
Sekian, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment